Kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinggi berasaskan ujian kloz dalam kalangan pelajar di SMKA

Kamarulzaman Abdul Ghani, (2011) Kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinggi berasaskan ujian kloz dalam kalangan pelajar di SMKA. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (2). pp. 53-66. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
83kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Antara faktor yang dikaitkan dengan kelemahan kemahiran bahasa Arab pelajar adalah buku teks yang kurang berkesan dari aspek tahap kebolehbacaannya, iaitu tahap kesukaran dan kesesuaian bahan bacaan dengan aras pelajar. Memandangkan kajian kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab di Malaysia belum kedapatan, kajian ini merupakan satu usaha awal untuk menilai kebolehbacaan buku teks bahasa Arab sebagai bahasa asing. Oleh itu kajian ini bertujuan mengukur tahap kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat (BATTE) dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) melalui ujian kloz, dan melihat perbezaan skor ujian kloz yang diperoleh dari aspek jantina pelajar, teks-teks bacaan yang diuji dan pencapaian Bahasa Arab Komunikasi (BAK) pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi mencapai objektif tersebut, satu tinjauan berupa ujian melalui satu set ujian kloz telah dijalankan ke atas 390 orang pelajar tingkatan empat di SMKA di seluruh Malaysia daripada populasi sebanyak 5442 orang. Hasil ujian yang dilakukan mendapati skor purata ujian kloz bagi BATTE adalah sebanyak 49% yang ditafsirkan berada pada tahap kecewa, iaitu tidak sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, serta pembacaan bebas. Selain itu tidak terdapat perbezaan skor ujian yang diperoleh berdasarkan jantina pelajar, teks-teks yang diuji, dan pencapaian BAK pelajar dalam PMR. Ujian ini menunjukkan tahap kebolehbacaan buku teks BATTE tidak sesuai untuk menjadi bahan pembelajaran pelajar sasaran. Ketidaksesuaian ini melibatkan semua pemboleh tak bersandar yang diuji, iaitu jantina dan pencapaian BAK dalam PMR pelajar,serta semua teks yang diuji. Oleh itu pihak yang berwajib seharusnya mengambil kira tahap kebolehbacaan teks yang disediakan sebelum ia dijadikan bahan pembelajaran pelajar supaya ia sesuai dengan tahap kemahiran bahasa pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Kebolehbacaan; Ujian kloz; Bahasa Asing; Teks Bacaan; dan Bahasa Arab
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:1000
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 May 2011 07:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page