Pengaruh media dalam dialog kehidupan: perspektif pengalaman saudara baru

Azarudin Awang, and Khadijah Mohd Khambali @ Khambali, (2015) Pengaruh media dalam dialog kehidupan: perspektif pengalaman saudara baru. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 47-60. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
421kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Pengaruh media dalam dialog kehidupan yang berlaku dalam pengalaman komuniti pra konversi Saudara Baru menyumbang kepada proses pemelukan agama Islam. Pengalaman ini turut berlaku dalam kehidupan masyarakat Saudara Baru Cina di negeri Terengganu. Pengaruh media yang memapar unsur-unsur keagamaan Islam melalui perkongsian aktiviti Muslim-non Muslim yang dikenali sebagai dialog kehidupan ini membolehkan komuniti Saudara Baru pra konversi memahami nilai sebenar agama Islam dan sedikit sebanyak mengubah persepsi mereka terhadap agama tersebut. Objektif kajian ini ialah melihat pengaruh media terhadap memberi kefahaman nilai-nilai agama Islam dalam kalangan Saudara Baru pra konversi ketika terlibat dalam dialog kehidupan. Temubual telah dilakukan ke atas Saudara Baru yang telah memeluk agama Islam di negeri Terengganu. Hasil kajian mendapati, pemahaman terhadap agama Islam yang tercipta hasil daripada penglibatan Saudara Baru pra konversi dalam dialog kehidupan mencetuskan satu paradigma untuk mereka meneroka agama Islam dengan lebih mendalam. Pengalaman dialog kehidupan pra konversi Saudara Baru ini menjelaskan bahawa peranan media menyumbang terhadap proses mengenal dan memahami agama Islam yang berlaku di negeri Terengganu.

Item Type:Article
Keywords:Pengaruh media; Kefahaman; Dialog kehidupan; Saudara baru
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10002
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2017 01:29
Last Modified:24 Jan 2017 07:59

Repository Staff Only: item control page