Media dan literasi kesihatan: pemilihan susu tumbesaran kanak-Kanak dalam kalangan ibu

Emma Mohamad, and Nur Afiqah Mohd Haniff, and Sabariah Mohamed Salleh, and Abdul Latiff Ahmad, and Hasrul Hashim, (2015) Media dan literasi kesihatan: pemilihan susu tumbesaran kanak-Kanak dalam kalangan ibu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 83-97. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
474kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Pemilihan susu tumbesaran oleh ibu bapa adalah penting bagi menjamin kesihatan yang baik dan membantu dalam proses tumbesaran anak-anak. Walaubagaimanapun, terdapat lambakan maklumat mengenai susu tumbesaran di media dan kebanyakan maklumat ini berkemungkinan tidak tepat, terutamanya jika ia datangnya dari sumber yang menjana keuntungan. Kajian ini memfokuskan kepada literasi kesihatan dalam kalangan ibu tentang khasiat susu tumbesaran anak-anak mereka. Ini melibatkan akses, pemahaman, penilaian dan aplikasi maklumat berkaitan kesihatan terhadap aspek tumbesaran anak yang mempengaruhi pemilihan susu tumbesaran anak mereka. Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan temubual fokus ke atas 25 orang ibu sebagai responden. Kajian ini juga melihat bagaimana media memainkan peranan dalam pembentukan literasi kesihatan golongan ibu terutamanya dalam aspek susu tumbesaran kanak-kanak. Model Literasi Kesihatan Sorensen digunakan dalam kajian ini bagi memandu pengkaji dalam mendalami aspek literasi kesihatan. Media pula dimasukkan dalam kajian untuk melihat bagaimana ia boleh memainkan peranan dalam pembentukkan literasi kesihatan ibu. Hasil kajian mendapati media berupaya menyumbang kepada pemahaman golongan ibu terutama melalui maklumat yang dipaparkan. Namun begitu, kebolehan responden untuk mengakses, memahami dan menilai maklumat kesihatan dalam media dengan baik tidak menjamin guna kait maklumat tersebut dalam tingkah laku kesihatan.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi kesihatan; Literasi kesihatan; Susu formula; Susu segar; Media
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10004
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2017 01:43
Last Modified:24 Jan 2017 08:03

Repository Staff Only: item control page