Analisis penggunaan kesan khas visual digital (Dvfx) terhadap genre Dan naratologi filem pendek

Hasrul Hashim, and Mohd Azul Mohamad Salleh, and Emma Mohamad, (2015) Analisis penggunaan kesan khas visual digital (Dvfx) terhadap genre Dan naratologi filem pendek. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 99-115. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Revolusi perkembangan teknologi di dalam dunia perfileman khasnya telah membawa kesan yang sangat mendalam terhadap penerbitan sesebuah filem. Sedar atau tidak pendigitalan atau teknologi akan mengubah lanskap pembikinan, pengedaran dan penerimaan sesebuah produksi filem. Penggunaan kesan khas visual digital (DVFx) misalnya, secara tidak langsung memberikan kesan terhadap aspek naratif serta estatik filem berkenaan dan juga tafsiran terhadap genre. Sejajar dengan perkembangan semasa, takrifan genre di dalam dunia perfileman turut mengalami situasi yang sama malah menurut Mcclean (2007), takrifan genre juga adalah berbeza mengikut sudut pandang pemain industri, pengkarya dan juga sarjana-sarjana filem malah dari kaca mata khalayak sendiri. Pengkaji telah membuat analisis terhadap filem-filem pencalonan akhir kategori filem pendek terbaik dalam Festival Filem Pelajar Malaysia dan corak penggunaan teknologi kesan khas digital (DVFx). Selain itu, kajian ini juga melihat corak penggunaan DVFx tersebut yang telah memberi implikasi dari aspek genre dan naratologi terhadap sesebuah filem pendek yang dihasilkan.

Item Type:Article
Keywords:Filem pendek; Kesan khas visual; Genre; Naratologi; Festival Filem Pelajar Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10006
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2017 06:23
Last Modified:24 Jan 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page