Maslida Yusof, and Karim Harun, (2015) Analisis lakuan tutur dalam ruangan status Facebook. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 151-168. ISSN 0128-1496
|
PDF
447kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...
Abstract
Kajian ini meneliti fungsi komunikasi melalui lakuan tutur yang disampaikan oleh pengguna media sosial melalui ruangan/aktiviti kemas kini status (update status). Kajian ini memfokuskan kepada media sosial iaitu facebook dengan anggapan medium ini merupakan rangkaian sosial secara online yang paling popular dalam kalangan pengguna media sosial. Dalam media sosial, ruangan dan pengemaskinian status aktiviti harian dianggap sebagai rutin oleh individu untuk berkomunikasi dengan jaringan sosial mereka. Ruang status dianggap sebagai jurnal personal yang mana individu merakamkan apa sahaja aktiviti, peristiwa dan pengalaman yang berlaku kepada mereka dan persekitaran mereka pada setiap hari. Dengan berbuat demikian, individu akan menggunakan pelbagai jenis lakuan bahasa. Maka konteks bagi aktiviti pengemaskinian status adalah forum rangkaian sosial dan aktiviti menulis serta mengemas kini status merupakan satu lakuan sosial (social action) yang menggunakan bahasa bagi melaksanakan sesuatu lakuan. Bahasa yang digunakan untuk mengungkap pelbagai emosi dan perasaan, memulakan perbahasan atau menghina seseorang merupakan lakuan tutur iaitu ujaran digunakan untuk melakukan sesuatu. Justeru, kajian ini akan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengambil sampel ‘posting status’ dan analisis berdasarkan kerangka lakuan tutur Searle (1969). Kajian ini mendapati status yang dihantar bukan sahaja menunjukkan kategori khusus lakuan tutur namun kebanyakan status menunjukkan kategori gabungan beberapa lakuan tutur dalam satu status. Kategori lakuan tutur yang ditemui dalam ruangan status facebook ialah representatif, ekspresif dan direktif. Kajian ini menunjukkan bahawa apa sahaja status yang dihantar sama ada dalam bentuk penyataan, berita, petikan atau jenaka adalah juga memperlihatkan suatu lakuan tutur yang hendak disampaikan dan dikongsi bersama dalam rangkaian sosial mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Internet; Media sosial; Facebook; Status dan lakuan tutur |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 10009 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Jan 2017 07:03 |
Last Modified: | 24 Jan 2017 08:10 |
Repository Staff Only: item control page