Teknik pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia

Zawawi Ismail, and Ab Halim Tamuri, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Mohd Ala-Uddin Othman, (2011) Teknik pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (2). pp. 67-82. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
108kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Kurikulum bahasa meletakkan kemahiran bertutur sebagai komponen penting.Penguasaan kemahiran ini adalah satu aspek penting yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Ia berperanan sebagai penanda aras (benchmark) kejayaan penguasaan sesuatu bahasa. Kajian eksplorasi ini dapat meneroka teknik pengajaran kemahiran bertutur yang menjadi amalan guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Ia bertujuan untuk mengenal pasti teknik yang kerap dilakukan oleh guru dan memastikan adakah teknik yang menjadi amalan guru menyokong pendekatan komunikatif yang menjadi asas pembinaan Kurikulum Bahasa Arab (KBA). Kajian ini menggunakan dua set soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan 73 orang guru SMKA yang melaksanakan kurikulum bahasa Arab dan 1371 orang pelajar dari 16 buah SMKA yang dibahagikan mengikut empat zon. Dapatan kajian menunjukkan guru lebih banyak menggunakan teknik pengajaran yang memerlukan respon terus dan ringkas seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur. Manakala teknik-teknik lain kurang dilakukan oleh guru seperti teknik gantian, penukaran, berteriak, latihan pengembangan, latihan betul salah, latihan lanjutan, lakonan dan karangan berangkap. Penggunaan teknik yang memerlukan respon ringkas dan terus menghadkan peluang pelajar berkomunikasi dan secara tidak langsung berperanan sebagai penghalang proses mengfungsikan bahasa untuk komunikasi. Aspek dorongan dan peluang berkomunikasi menggunakan bahasa yang dipelajari adalah prinsip utama pengajaran kemahiran bertutur berasaskan kepada pendekatan komunikatif. Keadaan ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak menepati ciri pengajaran komunikatif seperti yang dimuatkan dalam KBA.

Item Type:Article
Keywords:kemahiran bertutur; teknik pengajaran; Kurikulum Bahasa Arab; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama; pengajaran komunikatif
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:1001
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 May 2011 07:20
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page