Kontroversi program “I Want To Touch A Dog” dalam media kontemporari daripada perspektif Melayu

Muammar Ghaddafi Hanafiah, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2015) Kontroversi program “I Want To Touch A Dog” dalam media kontemporari daripada perspektif Melayu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 195-210. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
484kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Isu menyentuh anjing dalam program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya akhir tahun 2014 menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat Melayu Islam Malaysia. Isu semasa yang disiarkan oleh media massa kontemporari itu amat mengganggu sensitiviti agama dan emosi kebanyakan orang Melayu daripada segenap lapisan. Hal ini adalah disebabkan oleh pertentangan dengan nilai dan norma budaya Melayu. Oleh itu penelitian ini dijalankan untuk melihat survival pemikiran Melayu dalam mendepani penganjuran suatu perbuatan yang amat terlarang dalam konteks rasa, pemikiran, akhlak dan budaya Melayu. Melalui perkhidmatan media massa kontemporari data utama penelitian diambil. Kandungan berita-berita sensasi mengenai isu diteliti dan diinterpretasi menurut realiti Melayu Islam. Kajian menunjukkan peranan media massa dan ahli komuniti yang terdiri daripada pelbagai lapisan seperti pemimpin Melayu walaupun berbeza fahaman politik, ulama, tokoh masyarakat dan masyarakat umumnya bersatu hati dan tindakan untuk membendung isu ini daripada terus merebak.

Item Type:Article
Keywords:Kontroversi; Melayu; Media; Budaya; Pemikiran
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10012
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2017 07:22
Last Modified:24 Jan 2017 08:13

Repository Staff Only: item control page