Shaiful Bahri Md. Radzi, (2015) Si Tanggang moden dan perubahan makna dalam cerita bermotifkan anak derhaka. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 247-261. ISSN 0128-1496
|
PDF
451kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...
Abstract
Artikel ini membicarakan motif anak derhaka dan kaitannya dengan masyarakat kontemporari. Motif yang berakar daripada cerita rakyat Melayu ini adalah motif tipikal Dunia Melayu. Hampir setiap suku bangsa Melayu di Nusantara ini mempunyai ceritanya sendiri seperti Si Tanggang, Malim Kundang dan Nakhoda Manis merupakan cerita yang paling popular. Populariti motif ini menyebabkan tertanamnya di sanubari orang Melayu bahawa tindakan seseorang anak yang menganiayai ibu bapanya adalah umpama Si Tanggang, Malim Kundang atau Nakhoda Manis, anak yang derhaka yang disumpah menjadi batu. Dalam konteks semasa, cerita warisan yang menjadi alat kawalan sosial ini sudah hilang fungsinya. Dalam kehidupan masyarakat kontemporari yang serba maju, canggih dan pantas, gejala sosial terus berlaku dengan jumlah yang meningkat. Peristiwa malang ibu bapa yang teraniaya sama ada dimarahi, diherdik, dikasari, dipukul, mahupun diganggu emosinya sering tersiar di media. Malah ada antara mereka yang turut ditinggalkan tanpa penjagaan, dihalau keluar dari rumah dan juga diserahkan ke rumah orang tua. Senario ini memperlihatkan berlakunya proses perubahan makna terhadap motif anak derhaka walaupun latar belakang generasi kontemporari berpendidikan agama, berpendidikan tinggi, maju dan moden. Cerita rakyat warisan bangsa kurang signifikan dalam mendidik manusia bagi menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan orang tua lebih-lebih lagi ibu bapa sendiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Si Tanggang; Anak derhaka; Cerita rakyat; Alat kawalan sosial; Kontemporari |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 10015 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Jan 2017 07:32 |
Last Modified: | 23 Jan 2017 09:24 |
Repository Staff Only: item control page