Petua dan tanda sebagai alat komunikasi dalam budaya masyarakat Jawa

Yusmilayati Yunos, (2015) Petua dan tanda sebagai alat komunikasi dalam budaya masyarakat Jawa. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 279-298. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
606kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Petua ialah nasihat, petunjuk atau pandangan yang berguna tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. Petua juga merujuk kepada pantang larang, peraturan, amalan dan nasihat orang tua. Jika diperhatikan petua merupakan suatu bentuk komunikasi yang disampaikan dari mulut ke mulut lalu dicuba dan diamalkan. Proses penyampaian petua lumrahnya dilakukan oleh golongan yang lebih berusia seperti datuk dan nenek, atau ibu dan bapa kepada anak-anak. Manakala tanda pula merupakan lambang atau simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai erti tertentu. Namun begitu dalam makalah ini, tanda merujuk kepada alamat kepada sesuatu kejadian yang bakal berlaku seperti tanda atau alamat di dalam mimpi dan tanda gerhana matahari dan bulan. Bagi masyarakat Jawa, petua berkait rapat dengan istilah paukon iaitu berkaitan dengan waktu yang baik dan buruk. Pawukon atau paukon ini banyak digunakan untuk menghitung waktu yang baik misalnya untuk mencari rezeki, mendirikan rumah, mengadakan majlis perkahwinan dan sebagainya. Perhitungan waktu yang tepat dan baik biasanya dibuat oleh dukun atau orang yang berpengetahuan yang disebut wongtuwo iaitu orang tua. Walaupun terdapat perbezaan bentuk penyampaian maklumat antara petua dan tanda, namun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu suatu bentuk komunikasi antara manusia dengan alam. Sehubungan dengan itu, tujuan tulisan ini dilakukan untuk mengenalpasti beberapa petua dan tanda (alamat) yang diamalkan oleh masyarakat Jawa. Antara persoalan yang cuba dirungkaikan ialah mengapa amalan ini masih diamalkan dan bagaimana kejadian alam dapat memberi alamat kepada kehidupun masyarakat. Kajian ini menggunakan sepenuhnya data daripada kitab Mujarrabat versi Jawa bertulisan pegon.

Item Type:Article
Keywords:Petua; Tanda (alamat); Paukon; Komunikasi Mujarrabat
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10017
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2017 07:41
Last Modified:23 Jan 2017 09:30

Repository Staff Only: item control page