Penggunaan shahid al-Qur’ān dalam kitab Sharh Ibn cAqīl dan Sharh Qatr Al-Nadā Wa Bal Al-Sadā Bab al-Marfuc āt:satu kajian bandingan

Zamri Rajab, and Kaseh Abu Bakar, (2011) Penggunaan shahid al-Qur’ān dalam kitab Sharh Ibn cAqīl dan Sharh Qatr Al-Nadā Wa Bal Al-Sadā Bab al-Marfuc āt:satu kajian bandingan. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (2). pp. 83-98. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
115kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Teori Nahu Al-Qur’an ialah pendekatan menggunakan al-Qur’an sebagai medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab. Pendapat sesetengah pendokong Teori berkenaan bahawa sarjana silam hanya mementingkan syair dan prosa Arab dan kurang menekankan penggunaan al-Quran dalam menggubal tatabahasa ialah satu kenyataan yang perlu dikaji kesahihannya. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk mengetengahkan iltizam Ibn cAqīl dan Ibn Hisham, dua tokoh tatabahasa zaman kerajaan Mamalik yang menggunakan shāhid al-Qur’an dalam pengajaran ilmu tatabahasa. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah teknik menganalisis dokumen. Kajian ini menganalisis penggunaan shāhid al-Qur’an dalam bab al-Marfūcāt di dalam dua buah kitab iaitu Sharh Ibn cAqīl yang ditulis oleh Ibn cAqīl dan Sharh Qatr al-Nadā wa Bal Al-Sadā yang ditulis oleh Ibn Hisham, dengan menggunakan Kaedah Analisis Dokumen.Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua tokoh telah menggunakan shāhid al-Qur’an secara efektif. Penelitian kedua-dua tokoh dalam mempelbagaikan penggunaan shāhid al-Qur’an telah menghasilkan paten-paten penggunaan shāhid al-Qur’an sama ada digunakan secara bersendirian, secara bersama shāhid-shāhid lain atau bersama contoh ciptaan sendiri. Terdapat beberapa perbezaan antara penggunaan shāhid al-Qur’an oleh kedua-dua tokoh dari segi jumlah, fungsi penggunaan dan kesesuaian penggunaan shāhid al-Qur’an. Perbezaan tersebut secara tidak langsung telah menyerlahkan lagi keiltizaman Ibn Hisham terhadap penggunaan shāhid al-Qur’an kerana beliau banyak menggunakan shāhid al-Qur’an secara sendirian, selain mendahulukan shāhid al-Qur’an apabila digunakan secara bersama shāhid syair. Secara ijmal, kajian ini berjaya membuktikan bahawa, terdapat dalam kalangan ulama silam iaitu Ibn Hisham yang mengutamakan penggunaan al-Qur’an berbanding kalam al-cArab dalam pengajaran tatabahasa, dan perkara ini telah mengangkat martabat Ibn Hisham sehingga diiktiraf sebagai bitara unggul dalam matra tatabahasa Arab seluruhnya.

Item Type:Article
Keywords:teori Nahu al-Quran; shāhid; al-Qur’an ; bahasa Arab; Mamalik
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:1002
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 May 2011 07:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page