Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat

Ruslan Ramli, and Chang, Peng Kee and Shahrul Nazmi Sannusi, (2015) Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 341-370. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
577kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Penyelidikan ini mengungkapkan berita atas talian dalam Kompas.com dan Utusan Online mengenai kecondongan berita, bentuk pembingkaian berita, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita isu sempadan daerah Camar Bulan dan Tanjung Datu. Analisis kandungan kualitatif berpandukan model Entman (1993) bingkai empat fungsi iaitu pendefinisian masalah, penyebab masalah, penilaian moral, dan penyelesaian masalah serta temu bual mendalam telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian ini. Pada aspek analisis kandungan diperolehi dapatan yang berbeza iaitu Kompas.com bersifatkan dinamik, kontemporari, dan lebih kepada konsep kewartawanan perang berbanding kewartawanan damai dan neutral, manakala Utusan Online bersifatkan normatif, tradisional, dan berkonsep kewartawanan damai dan neutral berbanding perang. Pada proses pembingkaian, Kompas.com dan Utusan Online bersandarkan kepada nasionalisme sebagai elemen terpenting dalam membina bingkai berita persempadanan. Manakala faktor-faktor pengaruh, pembingkaian berita persempadanan oleh Kompas.com dan Utusan Online dipengaruhi oleh faktor dalaman yang merangkumi nilai berita, nasionalisme, pengamalan kewartawanan bermakna, penentuan agenda media, kawalan media kepada pemerintah, kepemilikan media, falsafah dan asas media, reaksi balik terhadap media luar, dan kefahaman individual wartawan. Faktor luaran merangkumi minat pembaca, sistem media, norma dan kaedah kewartawanan, sejarah Indonesia-Malaysia, komersialisasi, propaganda dan kumpulan berkepentingan, sentimen anti-Malaysia, agensi berita asing, kepentingan rakyat dan negara, dan politik dalaman negara. Sumbangan kajian ini ada pada kewujudan aspek nasionalisme sebagai elemen penting dalam melaporkan berita yang membabitkan negara. Dari segi penilaian moral, nasionalisme antara tumpuan yang paling dominan dalam kandungan berita. Pada faktor pengaruh, aspek nasionalisme juga berperanan penting ke atas penyusunan sesebuah berita. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi bahawa nasionalisme sememangnya sukar dielakkan dalam membina berita persempadanan antara Indonesia dan Malaysia. Meskipun kaedah etika kewartawanan berteraskan objektiviti, namun subjektiviti wartawan tetap wujud dalam menyusun berita-berita yang melibatkan negara. Subjektiviti itu terbentuk dalam semangat nasionalisme.

Item Type:Article
Keywords:Berita persempadanan; Isu berita; Pembingkaian; Nasionalisme; Sengketa
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10020
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2017 08:06
Last Modified:23 Jan 2017 09:40

Repository Staff Only: item control page