Eksplorasi adaptasi antarabudaya pelajar Melayu di Australia dan United Kingdom

Abdul Latiff Ahmad, and Mohd Nazri Mohd Noh, and Emma Mirza Wati Mohamad, and Rusyda Helma Mohd, and Ali Salman, and Latiffah Pawanteh, (2015) Eksplorasi adaptasi antarabudaya pelajar Melayu di Australia dan United Kingdom. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 389-403. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
534kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis proses adaptasi antarabudaya pelajar Melayu di Australia dan United Kingdom sewaktu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (Phd). Fokus kajian ini tertumpu kepada perbezaan budaya dan cara hidup pelajar di luar negara. Model Lekuk-U (Lysgaard, 1955) telah digunakan sebagai asas kepada penyelidikan) yang bermula dari peringkat bulan madu (honeymoon stage), peringkat kejutan budaya (culture shock stage), peringkat pelarasan (adjustment stage) dan akhir sekali peringkat penguasaan (mastery stage). Empat kumpulan fokus telah dijalankan membabitkan pelajar-pelajar sarjana Melayu yang telah belajar di Australia dan United Kingdom. Hasil analisis dapatan kajian mendapati bahawa peringkat berbulan madu (honeymoon stage) tidak dilalui oleh pelajar ini kerana peringkat awal di negara baru lebih tertumpu untuk menyesuaikan diri dan mempelajari bagaimana untuk beradaptasi. Mereka kurang mempunyai masa untuk bersuka-ria. Walaupun terdapat cabaran sebagai seorang Muslim di luar negara, pelajar mampu menjalani hidup dengan baik kerana negara luar telah mula mendapat pendedahan tentang cara hidup orang Islam.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi; Antarabudaya; Pelajar Melayu; Australia; United Kingdom
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10023
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2017 01:49
Last Modified:23 Jan 2017 10:08

Repository Staff Only: item control page