Pola pendedahan internet dan impaknya terhadap kefahaman Islam di kalangan ahli akademik di UKM dan USIM

Abd Hadi Borham, and Zulkiple Abd Ghani, (2015) Pola pendedahan internet dan impaknya terhadap kefahaman Islam di kalangan ahli akademik di UKM dan USIM. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 405-421. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
549kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Kemudahan internet telah memberi kemudahan bagi masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dapat mempelajari, memahami dan mengenali Islam dengan mudah menerusi laman sesawang, blog, newsgroup, laman sosial dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kebanjiran maklumat Islam yang disediakan melalui internet boleh memberikan kesan yang signifikan terhadap golongan yang terdedah dengan maklumat khususnya ahli akademik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola pendedahan internet di kalangan ahli akademik dan impaknya dalam memahami aspek akidah, syariah dan akhlak. Seramai 206 ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi responden. Kajian telah mendapati, pola pendedahan internet di kalangan responden adalah tinggi berdasarkan faktor demografi ahli akademik dan penggunaan internet. Dalam konteks memahami Islam, internet telah memberikan kesan yang sederhana terhadap aspek akidah, syariah dan akhlak. Internet juga telah mendatangkan kesan yang signifikan terhadap penghayatan akhlak dan sikap dalam kehidupan beragama di kalangan responden. Dalam masa yang sama, kajian ini juga mendapati kebanjiran maklumat Islam atau fatwa online di internet telah memberi kesan tertentu terhadap institusi agama yang berautoriti seperti JAKIM, jabatan agama negeri (JAIN) dan lain-lain. Ini menunjukkan internet merupakan medium yang penting bagi masyarakat muslim hari ini dalam konteks mendapatkan ilmu dan memahami tentang Islam. Namun ianya harus digunakan secara bijak kerana terdapat aspek-aspek yang boleh memberikan kesan negatif dalam kehidupan beragama masyarakat Islam.

Item Type:Article
Keywords:Pendedahan internet; Impak; Kefahaman Islam; Ahli akademik; Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Sains Islam Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10024
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2017 03:19
Last Modified:24 Jan 2017 04:24

Repository Staff Only: item control page