Ab Samad Kechot, (2015) Bentuk komunikasi dalam menangani peranan kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) perfileman. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 423-439. ISSN 0128-1496
|
PDF
485kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...
Abstract
Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai bentuk komunikasi terbuka dan ke bawah yang berlaku dalam komunikasi antara pemimpin dan ahli persatuan perfileman Malaysia. Kajian ini memberi tumpuan kepada kategori peranan maklumat yang merangkumi penyebar maklumat. Metodologi penyelidikan merangkumi kajian kepustakaan dan lapangan. Kaedah kajian merangkumi pemerhatian terhadap jaringan sosial (khususnya internet), temu bual dan soal selidik. Soal selidik berasaskan kaedah persampelan secara rawak, yang mana seramai 110 orang yang aktif telah dipilih sebagai sampel daripada lima persatuan perfileman iaitu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM), dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM). Hasil kajian menunjukkan wujudnya bentuk komunikasi ke bawah dan terbuka yang bersesuaian dengan peranan para pemimpinnya selaku pengurus dalam badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Komunikasi; Badan Bukan Kerajaan; Pengurus; Pemimpin; Penyebar maklumat |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 10025 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Jan 2017 03:23 |
Last Modified: | 24 Jan 2017 04:26 |
Repository Staff Only: item control page