Hambatan memahami bahasa: satu penelitian ke atas teks berita dalam talian berbahasa Indonesia, Tempo.Co

Kartini Abd. Wahab, and Zulkifley Hamid, (2015) Hambatan memahami bahasa: satu penelitian ke atas teks berita dalam talian berbahasa Indonesia, Tempo.Co. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 493-514. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
547kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia, tergolong dalam satu keluarga bahasa yang sama iaitu Austronesia. Namun, kesan pergolakan politik semasa penjajahan Inggeris-Belanda, sehinggalah selepas kemerdekaan kedua-dua buah negara, Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia Indonesia berkembang mengikut acuan masing-masing, sehingga wujud perbezaan antara kedua-duanya. Perbezaan ini kadang-kala menimbulkan hambatan dalam komunikasi antara penutur kedua-dua bahasa. Dari segi wacana tulisan contohnya, penutur Bahasa Melayu di Malaysia dikatakan menghadapi kesukaran dalam memahami teks dalam Bahasa Indonesia. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia. Objektif utama penelitian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan aspek bahasa yang menjadi hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia. Untuk tujuan tersebut, analisis dilakukan ke atas teks berita daripada portal berita dalam talian Indonesia iaitu Tempo.Co. Teks berita dikutip daripada pelbagai ruangan yang disiarkan dalam Tempo.Co, antara Jun hingga Julai 2015. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat empat aspek perbezaan yang menjadi hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia iaitu perbendaharaan kata, imbuhan, akronim dan kata pinjaman.

Item Type:Article
Keywords:Hambatan; Melayu; Bahasa Melayu Malaysia; Bahasa Indonesia; Tempo.Co
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10029
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2017 03:38
Last Modified:24 Jan 2017 04:39

Repository Staff Only: item control page