Literasi kritikal dalam konteks pendidikan tinggi: suara dari sebuah bilik darjah di Malaysia

Koo, Yew Lie and Wong, Fook Fei and Kemboja Ismail, and Chang, Peng Kee and Mohd. Subakir Mohd Yasin, (2011) Literasi kritikal dalam konteks pendidikan tinggi: suara dari sebuah bilik darjah di Malaysia. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (2). pp. 99-119. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
137kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Teras utama Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (MoHE, 2007a, 2007b) adalah melahirkan modal insan minda kelas pertama untuk kemampanan pendidikan tinggi dari aspek kebolehtenagaan dan kewarganegaraan (Dam-Mieras, 2005; Ryden, 2005).Pemikiran tak bersandar (independent thinking) dan kritikal adalah ciri penting modal insan kelas pertama (MoHE, 2007b). Kertas ini melaporkan penemuan awalan kajian yang menyelidik suara dan pengalaman pelajar pascasiswazah dari pelbagai latarbelakang linguistk yang mengambil kursus bertujuan mengembangkan Literasi Kritikal (Critical Literacy) melalui perspektif dan kaedah Kesedaran Literasi Kritikal (Critical Literacy Awareness atau CLA). Konsep ini bertujuan menakrif semula pembentukan makna dari suara, pengalaman dan wacana yang saling bersilang dan/atau bercanggah dengan idea perspektif ideologikal mengenai literasi dan kesedaran pengetahuan (Wallace, 1988; Lankshear & McLaren, 1993; Kress, 2003; Koo Yew Lie Yew Lie, 2009). Data utama penyelidikan tindakan ini adalah transkripsi percakapan pelajar dan guru. Analisis refleksi perjalanan mereka melintasi pedagogi CLA di sebuah kelas pendidikan tinggi transnasional di Malaysia turut dilakukan. Penggunaan kod pelbagai lapisan (bahasa tempatan, dialek, laras bahasa) dan pelbagai sumber kebudayaan dalam log refleksi subjek menunjukkan kerumitan penghasilan teks gabungan yang dipengaruhi oleh lokasi sosial subjek. Selain daripada itu, penglibatan guru secara langsung dalam kedudukan subjek juga telah mempengaruhi penggunaan kepelbagaian dalam proses pembentukan makna. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pencakapan guru (teacher talk) dan intervensi melalui pedagogi CLA menpunyai hubungan silang budaya yang rapat dengan bahasa and budaya pelajar untuk membentuk pengalaman yang inklusif dan transformatif.

Item Type:Article
Keywords:kesedaran literasi kritikal; pendidikan tinggi; literasi majmuk; pelajar pelbagai bahasa; penyelidikan tindakan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:1003
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 May 2011 07:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page