Isu Dawama: kesan penswastaan kepada pencetak Melayu

Mohd Khairul Azahari Abdul Rani, and Hamedi Mohd Adnan, and Ali Salman, (2015) Isu Dawama: kesan penswastaan kepada pencetak Melayu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 547-568. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
525kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...

Abstract

Pencetak Melayu merupakan golongan yang diberikan keistimewaan oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan segala urusan perolehan percetakan kerajaan termasuklah urusan penerbitan dan percetakan agensi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 2002, DBP melalui pengurusan lembaga pengarahnya telah bersetuju untuk menyerahkan Dawama Sdn Bhd iaitu anak syarikat DBP kepada sebuah syarikat swasta untuk diuruskan melalui penswastaan. Penswastaan (privatization) membawa maksud pemindahan perkhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baru untuk dikendalikan oleh sektor swasta. Konsep ini amat berlainan dengan konsep pemilik negaraan (nationalization) yang bertujuan untuk menambahkan hak milik dan penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji dokumen-dokumen Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) yang menjadi wakil keseluruhan pencetak Melayu kepada pemimpin dan pentadbir tertinggi kerajaan bagi menyuarakan kebimbangan yang dihadapi oleh pencetak Melayu. Dokumen-dokumen yang dikaji ialah siri-siri memorandum dan surat terbitan PPPMM. Dokumen-dokumen ini akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengetahui tahap keseriusan yang dihadapi pencetak Melayu ekoran penswastaan ini. Hasil analisa bahan-bahan ini akan dijadikan dapatan kajian dan dinyatakan dalam bentuk perbincangan. Melalui kajian ini pengkaji dapat menilai sejauh mana kesan yang diterima oleh pencetak Melayu kesan dari tindakan DBP ini. Dengan kajian ini juga diharap kerajaan dapat campur tangan dalam menangani isu yang telah lama berlarutan ini.

Item Type:Article
Keywords:Dawama; Dewan Bahasa dan Pustaka; Penswastaan; Pencetak Melayu; Memorandum
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10032
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2017 04:01
Last Modified:24 Jan 2017 04:45

Repository Staff Only: item control page