Suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan teori optimaliti

Adi Yasran Abdul Aziz, (2011) Suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan teori optimaliti. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (2). pp. 121-136. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
112kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Makalah ini bertujuan memberikan penjelasan terhadap interaksi kekangan bagi suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan teori Optimaliti (TO). Analisis terhadap suku kata dasar bahasa Melayu sebelum ini hampir keseluruhannya membincangkan aspek polanya sahaja. Analisis seperti ini tidak dapat membezakan suku kata dasar bahasa Melayu dengan suku kata dasar dialek-dialek Melayu kerana semuanya berasal daripada bahasa induk yang sama. Kebanyakannya menggunakan pola suku kata dasar (konsonan)-vokal- (konsonan) (K)V(K), iaitu KV, KVK, VK dan V. Namun begitu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat satu set hierarki kekangan dalam nahu dialek Kelantan yang menjadi dasar suku katanya yang berbeza dengan set hierarki kekangan suku kata dasar bahasa Melayu. Susunan set hierarki kekangan dialek Kelantan yang terhasil ialah *NUKLEIKOMPLEKS, *KODAKOMPLEKS, KONTIGAKAR >> JAJAR-KIRI >> ONSET >> DEP >> MAKS >> *KODA. Kekangan yang terbentuk dalam minda manusia secara konseptual ini bersifat sejagat, namun susunan hierarkinya adalah bergantung kepada cara kekangan ini berinteraksi dalam bahasa atau dialek tempatan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penjelasan interaksi kekangan daripada TO ini adalah lebih berpada untuk menjelaskan nahu sesuatu bahasa.

Item Type:Article
Keywords:fonologi; teori Optimaliti; dialek Kelantan; suku kata dasar; bahasa Melayu
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:1004
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 May 2011 07:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page