Larangan perdagangan sempadan China (Guangxi)-Vietnam semasa Pemberontakan Tay Son: retorik dalam laba politik

Ku Boon Dar, (2015) Larangan perdagangan sempadan China (Guangxi)-Vietnam semasa Pemberontakan Tay Son: retorik dalam laba politik. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 42 (2). pp. 23-52. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
874kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/798

Abstract

Menjelang abad ke-18, rakyat yang menetap di sempadan negeri China-Vietnam menyusuri laluan You Cun Ai di Provinsi Guangxi mulai menjalankan perdagangan sempadan. Namun, aktiviti perdagangan sempadan tersebut dihentikan oleh pihak berkuasa China apabila tercetusnya Pemberontakan Tay Son (1771-1802). Makalah ini mengkaji motif larangan perdagangan sempadan China (Guangxi)-Vietnam tersebut diambil dalam konteks hubungan perdagangan China-Vietnam yang telah terjalin sekian lama. Ini kerana perdagangan sempadan bukan sahaja membekalkan barangan keperluan harian tetapi larangan perdagangan sempadan tersebut telah memberikan impak yang besar kepada sosio ekonomi rakyat yang menetap di sempadan China-Vietnam. Kajian ini berpendapat bahawa Pemberontakan Tay Son hanyalah alasan untuk diuar-uarkan oleh China dalam menghalalkan penutupan perdagangan sempadan China-Vietnam sedangkan faktor tersirat adalah demi kemandiran politik China. China khuatir kekacauan di Vietnam akan mengundang kebanjiran anasir-anasir pemberontakan ke dalam negerinya.

Item Type:Article
Keywords:Perdagangan sempadan; China-Vietnam; Pemberontakan Tay Son; Quang Trung; Guangxi-Vietnam
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:10042
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jan 2017 01:41
Last Modified:25 Jan 2017 09:19

Repository Staff Only: item control page