Penghakiman Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) dalam isu penambakan wilayah di Singapura

Akmalhisham Jasni, and Sharifah Munirah Alatas, and Sharifah Mastura Syed Abdullah, (2015) Penghakiman Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) dalam isu penambakan wilayah di Singapura. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 42 (2). pp. 53-75. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
979kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/798

Abstract

Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerja-kerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi, dan pasir itu kemudiannya ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat giat melakukan aktiviti penambakan wilayah di rantau Asia Tenggara ialah Singapura. Kajian ini menumpukan analisis prosiding penambakan wilayah Singapura di Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) yang melibatkan negara jiran terdekatnya Malaysia. Pengumpulan maklumat primer dilaksanakan secara pemerhatian terus di lapangan dan juga membuat beberapa temubual mendalam. Manakala maklumat sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Hasil akhir kajian kumpulan pakar bebas (GOE) telah mengesahkan dakwaan awal kerajaan Malaysia bahawa, kerja-kerja penambakan wilayah Singapura di Tuas dan Pulau Tekong telah menyebabkan beberapa impak negatif seperti pencemaran di perairan laut Malaysia dan menyempitkan laluan perkapalan di Selat Johor. Justeru permohonan provisional measures kerajaan Malaysia sememangnya mempunyai asas kes yang sangat kukuh. Pada 26 April 2005, kedua-dua wakil kerajaan telah menandatangani perjanjian bersama secara rasmi untuk menamatkan pertelingkahan di dalam isu penambakan wilayah ini. Walaubagaimanapun, isu tuntutan kerajaan Malaysia di Titik 20 tidak dibincangkan di dalam prosiding ini, namun kedua-dua pihak bersetuju agar rundingan diplomatik yang berasingan di adakan bagi tujuan tersebut pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Penambakan wilayah; Provisional measures; ITLOS; Titik 20; GOE
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:10043
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jan 2017 02:59
Last Modified:25 Jan 2017 09:21

Repository Staff Only: item control page