Amerika Syarikat dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966

Sah-Hadiyatan Ismail, (2016) Amerika Syarikat dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 43 (1). pp. 65-89. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
424kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/802

Abstract

Dalam bulan Januari 1963, Indonesia telah melancarkan polisi Konfrontasi terhadap Malaysia. Polisi Konfrontasi ini bertujuan untuk melemahkan Malaysia dan menggugat pihak berkuasa di Sarawak dan Sabah sehingga penyelesaian yang menguntungkan Indonesia dapat dicapai. Artikel ini memberikan tumpuan kepada tindak balas polisi Amerika Syarikat terhadap situasi di Asia Tenggara berikutan dengan perisytiharan Konfrontasi oleh Presiden Sukarno terhadap Malaysia. Pada hakikatnya, hubungan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat telah mencapai satu tahap baharu pada tahun-tahun 1963-1966 semasa ketika Konfrontasi. Buat pertama kali, Amerika Syarika telah memainkan peranan aktif dalam hal ehwal politik Malaysia. Kuasa besar itu telah menunjukkan sikap mengambil berat tentang perkembangan konfrontasi kerana ia mengancam kestabilan Asia Tenggara. Peristiwa Konfrontasi juga serta secara tidak langsung melibatkan Amerika Syarikat di bawah perjanjian ANZUS (Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat). Pada masa yang sama, Amerika Syarikat juga ingin mengukuhkan elemen-elemen anti-komunis dalam pentadbiran Indonesia. Di samping itu kedua-dua pentadbiran Presiden Kennedy dan kemudiannya Presiden Johnson juga memberikan perhatian yang besar dalam kegiatan anti-komunis di Indochina. Amerika Syarikat bimbang Konfrontasi mungkin merebak menjadi perang terbuka dan telah mengambil langkah-langkah bagi mengalakkan perdamaian kepada pertikaian ini. Walau bagaimana pun, Amerika Syarikat tidak menyelesaikan Konfrontasi.

Item Type:Article
Keywords:Perjanjian ANZUS; Malaysia; Konfrontasi; Amerika Syarikat; Dasar luar
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:10047
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jan 2017 03:43
Last Modified:25 Jan 2017 09:31

Repository Staff Only: item control page