Penerokaan corak penggulungan syarikat di Malaysia mengguna kaedah perlombongan data

Suhaila Zainudin, and Abdul Razak Hamdan, and Zainol Aini Mohamed, and Nor Idayu Ahmad Shukri, (2015) Penerokaan corak penggulungan syarikat di Malaysia mengguna kaedah perlombongan data. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 4 (2). pp. 87-98. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/article/view/10070

Abstract

Penggulungan syarikat berlaku apabila syarikat tidak mampu membayar hutang kewangan atau sedang mengalami tekanan kewangan yang serius. Dari tahun 1998 sehingga 2003 secara purata sebanyak 1166 buah syarikat di Malaysia digulung pada setiap tahun. Kajian ini memfokus kepada penerokaan pengetahuan penggulungan syarikat di Malaysia mengguna teknik perlombongan petua sekutuan (kuantitatif) dan penilaian pengetahuan menerusi penglibatan pakar dalam domain kajian (kualitatif). Perlombongan petua sekutuan diguna bagi melombong corak penggulungan syarikat dengan meneliti hubungan tersirat antara atribut syarikat seperti jumlah_aset, jumlah_liabiliti dan untung_rugi. Pakar domain berperanan mengesah hubungan yang signifikan antara atribut dan corak yang dilombong. Kajian ini berjaya melombong 2 kriteria kuantitatif dan 9 kriteria kualitatif berkaitan penggulungan syarikat. Gabungan kriteria ini berpotensi diguna bagi menilai risiko penggulungan syarikat Malaysia pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Perlombongan petua sekutuan; Perlombongan data; Pengetahuan domain; Penggulungan syarikat
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:10050
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jan 2017 07:21
Last Modified:25 Jan 2017 09:38

Repository Staff Only: item control page