Norazwin Buang, and Siti Aishah Hanawi, and Hazura Mohamed, and Ruzzakiah Jenal, (2016) Pemodelan lengkung splin-B berasaskan algoritma inspirasi tabii. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 5 (1). pp. 31-38. ISSN 2289-2192
|
PDF
174kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/709
Abstract
Pemodelan lengkung adalah aspek utama dalam bidang pemodelan geometri. Pemodelan lengkung konvensional memberi ralat yang besar kerana bilangan titik data lebih banyak daripada bilangan bucu poligon kawalan bagi model lengkung yang dijana. Kajian ini memfokus kepada memodel lengkung splin-B. Kaedah pengoptimuman vektor knot berasaskan algoritma inspirasi tabii diguna bagi menjana lengkung splin-B dengan ralat minimum. Tiga algoritma inspirasi tabii yang dikaji ialah algoritma pengoptimuman zarah berkelompok, gelintaran graviti dan gelintaran harmoni. Hasil kajian mendapati algoritma pengoptimuman zarah berkelompok berupaya memodel lengkung splin-B dengan baik berbanding algoritma gelintaran graviti dan gelintaran harmoni. Hasil kajian juga mendapati semakin bertambah bucu poligon kawalan maka semakin kecil nilai ralat. Oleh itu lengkung splin-B dapat dijana dengan tepat dengan nilat ralat yang kecil.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Splin-B; Lengkung; Pengoptimuman zarah berkelompok; Algoritma gelintaran graviti dan algoritma gelintaran harmoni. |
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 10054 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Jan 2017 04:02 |
Last Modified: | 25 Jan 2017 09:49 |
Repository Staff Only: item control page