Model reka bentuk interaksi dalam persekitaran muzium maya

Tengku Siti Meriam Tengku Wook, and Hairulliza Mohd Judi, and Noraidah Sahari @ Ashaari, and Hazura Mohamed, and Siti Fadzilah Mat Noor, and Normala Rahim, (2016) Model reka bentuk interaksi dalam persekitaran muzium maya. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 5 (1). pp. 71-81. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
264kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/709

Abstract

Muzium maya ialah sistem yang menyerupai muzium sebenar yang membenar pelawat menelusur, menjelajah dan memanipulasi artifak dan galeri secara dalam talian. Kajian interaksi pengguna menunjukkan kawalan persekitaran maya dan manipulasi artifak secara 360° adalah terhad selain daripada reka bentuk antara muka yang tidak mematuhi prinsip asas reka bentuk. Salah satu usaha yang dilakukan oleh institusi muzium ialah mengimplementasi teknologi imersif bagi meningkat tahap interaksi pengguna. Namun, di Malaysia teknologi imersif dalam persekitaran maya adalah ketinggalan berbanding dengan negara maju, kerana teknologi ini tidak berkesan dari aspek kos. Oleh itu, pendekatan teknologi bukan imersif dengan mengimplementasi teknik visualisasi maklumat (VM) dan realiti maya (RM) sebagai paparan antara muka visual diguna bagi membangun model reka bentuk interaksi pengguna dalam muzium maya. Kajian ini mengguna kaedah reka bentuk berpusat pengguna melalui analisis keperluan pengguna termasuk pelawat, kurator, ahli akademik dan pelajar. Model yang dibangun dapat menjadi panduan dalam pembangunan prototaip muzium maya yang berupaya mempersembah pameran secara inovatif dan kreatif bagi menarik ramai pengguna berinteraksi dalam persekitaran maya.

Item Type:Article
Keywords:Interaksi pengguna; Model reka bentuk; Analisis tugas; Manipulasi artifak; Muzium maya
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:10058
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jan 2017 04:59
Last Modified:25 Jan 2017 09:57

Repository Staff Only: item control page