Pandangan alternatif pada analisis semantik kognitif imbuhan BeR

Sew, Jyh Wee (2011) Pandangan alternatif pada analisis semantik kognitif imbuhan BeR. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (2). pp. 155-170. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
150kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Wacana akademik tentang etika kajian dalam ilmu linguistik merupakan pendidikan tidak langsung bagi ahli komuniti selapangan. Pengkaji sememangnya terikat dengan tatasusila penggunaan bahan kajian dan harus menghormati pandangan asal pengarang lain. Oleh sebab itu, adalah mustahak menyatakan sumber rujukan seperti diagram, skema penunjuk, buah fikiran teras, pandangan pengkaji, serta penemuan pihak lain dalam kepustakaan ilmu linguistik. Perkara ini penting apabila sumber kajian linguistik kognitif digunakan sebagai kerangka analisis imbuhan awalan bahasa Melayu. Cabang linguistik kognitif seperti skema imej dan nahu kognitif yang berkemiripan dalam pandangan masing-masing mudah menjadi maklumat saling rujuk sehingga terhasil dapatan yang keliru hujung pangkal. Perbincangan ini meninjau asal usul skema imej dalam sebuah kajian yang membelakangkan sumber asalnya. Kerangka kajian ke atas imbuhan beRdidapati masih mengandungi persoalan yang perlu diselesaikan ekoran tindanan beberapa fahaman kognitif yang berbeza-beza.

Item Type:Article
Keywords:akauntabiliti ilmiah; morfem terikat; semantik kognitif; nahu kognitif; skema imej
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:1006
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 May 2011 08:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page