Rohany Nasir, and Zainah Ahmad Zamani, and Rozainee Khairudin, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Mohd Norahim Mohd Sani, and Aizan Sofia Amin, (2015) Tahap pengherotan kognitif, kesunyian, kemurungan, penghargaan kendiri, dan sokongan sosial dalam kalangan wanita hamil luar nikah. Jurnal Psikologi Malaysia, 29 (2). pp. 1-10. ISSN 2289-8174
|
PDF
299kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/index
Abstract
Peningkatan jumlah kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja perempuan sehingga awal dewasa membimbangkan ramai pihak. Kemahilan luar nikah bukan sahaja boleh mengundang kepada risiko jangkitan HIV/AIDS, malah ia juga boleh membawa kepada masalah lain seperti pembuangan bayi dan pengguguran. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana tahap ganguan kognitif, kemurungan, kesunyian, penghargaan kendiri dan sokongan sosial dalam kalangan wanita hamil tanpa nikah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek kajian mempunyai tahap sokongan sosial yang sederhana, gangguan kognitif yang rendah; kemurungan, kesunyian dan penghargaan kendiri yang sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa wanita hamil tanpa nikah ini masih kurang mendapat sokongan sosial yang sewajarnya dan cenderung untuk mengalami kemurungan dan kesunyian yang berpanjangan. Cadangan intervensi turut dibincangkan di akhir perbincangan kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Unwed pregnant women; Cognitive distortion; Depression; Loneliness; Self-esteem; Social support |
Journal: | Jurnal Psikologi Malaysia |
ID Code: | 10065 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Feb 2017 07:17 |
Last Modified: | 03 Feb 2017 04:02 |
Repository Staff Only: item control page