Hubungan antara tret personaliti kehematan, keterbukaan pada pengalaman, ekstraversi dan kesetujuan dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia

Nurul Hudani Md. Nawi, and Ma'rof Redzuan, and Noor Hisham Md Nawi, (2016) Hubungan antara tret personaliti kehematan, keterbukaan pada pengalaman, ekstraversi dan kesetujuan dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (1). pp. 102-112. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/25

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bagi trait personaliti dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Dua set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Five-Factor Model of Personality (NEO PI-R) bagi mengukur personaliti dan soal nselidik prestasi kerja bagi mengukur prestasi kerja individu telah dijalankan ke atas 306 pemimpin pendidik (89%) di 15 buah SBT di Malaysia. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara trait personaliti seperti kehematan (Conscientiousness (r=.740, p<.05), keterbukaan (Openness to experiences (r=.419, p<.05), ekstraversi (Extraversion (r=.596, p<.05), kesetujuan (Agreeableness (r=.386, p<.05) dengan prestasi kerja. Analisis kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan kepentingan dimensi kehematan (Conscientiousness) sebagai domain yang paling kuat berhubungan dengan prestasi kerja berbanding dimensi yang lain. Dari sudut praktikal, penggunaan pemboleh ubah psikologi dan pemilikan hubungan trait personaliti berupaya untuk memperkasakan lagi prestasi kerja sehingga memberi kebaikan kepada institusi pendidikan SBT kerana dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Kecerdasan emosi; Trait personaliti; Pemimpin pendidik
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:10086
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Feb 2017 03:44
Last Modified:06 Feb 2017 09:49

Repository Staff Only: item control page