Ili Atiqah Md. Din, and Ruslin Amir, (2016) Sikap terhadap kemahiran pemikiran kritikal dan hubungannya dengan prestasi akademik dalam kalangan pelajar-pelajar UKM. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (1). pp. 142-151. ISSN 2289-8174
|
PDF
388kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/25
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola sikap pemikiran kritis dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 200 orang mahasiswa UKM terlibat dalam kajian ini. Responden kajian yang terlibat dalam kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu ijazah sarjana muda sehingga pelajar doktor falsafah UKM. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur kajian berkaitan dengan Sikap Kemahiran Pemikiran Kritis ini ialah California Critical Thinking Skills Test (CCTST) iaitu terdiri daripada sikap-sikap pengadilan, sikap keterbukaan, sikap menghadapi cabaran, sikap objektiviti, sikap rasa ingin tahu, sikap sistematik, sikap analitik, sikap kematangan kognitif dan sikap ingin mencari kebenaran. Kajian adalah berbentuk kuantitatif menggunakan soal selidik. Kajian ini dianalisis menggunakan analisis ujian t, ujian korelasi, ujian regresi dan ujian Kruskaal Wallis. Keputusan menunjukkan bahawa sikap-sikap pemikiran kritis yang paling dominan dalam kalangan mahasiswa UKM adalah sikap rasa ingin tahu. Selain itu, sikap pemikiran kritis mempunyai hubungan yang tidak signifikan pencapaian akademik mahasiswa di UKM. Justeru kajian yang lebih komprehensif dan meluas perlu dijalankan terutamanya yang melibatkan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar universiti, matrikulasi mahupun pra universiti di Malaysia agar dapat membantu dalam mempercepatkan pembinaan modal insan kelas pertama yang berteraskan high order thinking menjelang Wawasan 2020.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sikap pemikiran kritis; Pencapaian akademik mahasiswa |
Journal: | Jurnal Psikologi Malaysia |
ID Code: | 10089 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Feb 2017 03:58 |
Last Modified: | 06 Feb 2017 09:57 |
Repository Staff Only: item control page