Hubungan antara kesunyian dan sokongan sosial terhadap kemurungan dalam kalangan wanita hamil tanpa nikah

Rohany Nasir, and Zainah Ahmad Zamani, and Rozainee Khairudin, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Mohd. Norahim Moh. Sani, and Aizan Sofia Amin, (2016) Hubungan antara kesunyian dan sokongan sosial terhadap kemurungan dalam kalangan wanita hamil tanpa nikah. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (1). pp. 152-159. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
467kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/25

Abstract

Kehamilan tanpa nikah menunjukkan peratusan yang meningkat secara mendadak saban tahuan. Hal ini perlu di ambil perhatian yang serius oleh pihak berwajib kerana mampu memberi kesan negatif dari segi psikologi yang mana akhirnya boleh menjejaskan modal insan negara. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor kemurungan, kesunyian dan sokongan sosial dalam kalangan wanita hamil tanpa nikah. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedar soal selidik kepada responden. Seramai 215 orang wanita hamil tanpa nikah yang terlibat di seluruh Malaysia bagi kajian ini. Hasil kajian menunjukkan tahap kemurungan, kesunyian dan sokongan sosial responden berada pada tahap sederhana. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan dan kesunyian (r= .500, k<0.05), tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan dan sokongan sosial. Akan tetapi, terdapat hubungan yang negatif dan signifikan antara kesunyian dan sokongan sosial (r=-.164, k<0.05). Hasil Ujian Regresi Linear menunjukkan faktor peramal bagi kemurungan adalah kesunyian (R²=26.6, F(2,212) = 37.549, k<0.05) yang meramal secara signifikan berbanding sokongan sosial (β=.111, k>0.05). Hasil kajian mendapati individu yang kesunyian lebih cenderung untuk mengalami kemurungan dalam diri. Selain itu, individu yang mempunyai sokongan sosial yang kurang baik daripada keluarga, rakan-rakan dan juga sekeliling lebih cenderung untuk mengalami kesunyian yang lebih serius. Oleh itu, sokongan sosial yang baik daripada sekeliling mampu untuk mengelakkan wanita hamil tanpa nikah cenderung mengalami kesunyian serta kemurungan selain pelbagai program intervensi yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.

Item Type:Article
Keywords:Depression; Loneliness; Social support; Unwed pregnant mother; Kemurungan; Kesunyian; Sokongan sosial; Hamil tanpa nikah
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:10090
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Feb 2017 04:02
Last Modified:06 Feb 2017 10:02

Repository Staff Only: item control page