Mohd Fairuz Jafar, and Shahizan Hasan, (2016) Kajian penghargaan kendiri dan kepuasan hidup pelajar. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (2). pp. 22-31. ISSN 2289-8174
|
PDF
367kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan di antara penghargaan kendiri dengan kepuasan hidup dalam kalangan remaja. Kajian ini juga ingin mengenal pasti sama ada dimensi-dimensi penghargaan kendiri iaitu rakan, sekolah dan keluarga adalah peramal utama terhadap kepuasan hidup remaja. Kajian ini melibatkan seramai 316 orang pelajar Tingkatan Dua dari beberapa buah sekolah menengah. Data-data kajian dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Alat ukur yang digunakan di dalam kajian ini ialah Self Esteem Questionnaires (SEQ dan Multidimensional Students’ Life Satisfaction Scale (MSLSS). Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana di antara penghargaan kendiri dan kepuasan hidup dalam kalangan remaja (r = .505). Analisis regresi menunjukkan bahawa faktor penghargaan kendiri iaitu rakan, sekolah dan keluarga adalah peramal yang signifikan kepada kepuasan hidup dalam kalangan remaja. Faktor penghargaan kendiri iaitu rakan dikenal pasti sebagai peramal yang paling kuat (β = .192) berbanding faktor penghargaan kendiri sekolah dan keluarga terhadap kepuasan hidup remaja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Self-esteem; Life satisfaction; Students; Adolescents; Friends; School; Penghargaan kendiri; Kepuasan hidup; Pelajar; Remaja; Sekolah; Rakan |
Journal: | Jurnal Psikologi Malaysia |
ID Code: | 10093 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Feb 2017 00:22 |
Last Modified: | 07 Feb 2017 09:39 |
Repository Staff Only: item control page