Kajian jatidiri dan tekanan isu sosio-emosi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat

Rorlinda Yusof, and Noriah Mohd Ishak, and Siti Aishah Hassan, and Afifah Mohd Radzi, (2016) Kajian jatidiri dan tekanan isu sosio-emosi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (2). pp. 42-60. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
474kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26

Abstract

Pembinaan jati diri generasi remaja amat penting bagi memacu kecemerlangan pembangunan negara. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap jati diri peribadi dan hubungannya dengan tekanan sosio-emosi pelajar Pintar dan Berbakat di Malaysia. Seramai 194 orang pelajar dari Pusat PERMATApintar Negara UKM dipilih secara rawak untuk memberi respon kepada dua soal selidik kajian, iaitu Instrumen Jati diri Pelajar mengandungi 72 item dan Instrumen Tekanan Sosio-emosi, mengandungi 60 item. Pelajar memberi respon menggunakan skala likert 5-mata. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menentukan skor min dan nilai korelasi di antara pemboleh ubah (SPSS versi 19.0). Hasil dapatan menunjukkan min Jati diri adalah tinggi (3.86, nilai sp 6.41) dan tekanan sosio-emosi adalah sederhana (2.71, nilai sp: 7.39). Daripada lima komponen jati diri yang dikaji, jati diri kerohanian memperoleh skor min tertinggi (4.13), manakala komponen jati diri kepimpinan memperoleh skor min terendah (3.63). Bagi tekanan sosio-emosi pula, tekanan keadilan sosial memperoleh min tertinggi (4.13) manakala komponen tekanan hubungan keluarga memperoleh min terendah (2.09). Analisis korelasi Person r menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara jati diri dan tekanan sosio-emosi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Implikasi terhadap kecekapan peranan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk pelajar pintar dan berbakat turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:Identity; Psychological issues; Social emotional stress; Gifted education; Guidance and counselling; Jatidiri; Isu-isu psikologi; Tekanan isu sosio-emosi; Pelajar pintar; Pelajar berbakat; Bimbingan dan kaunseling
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:10095
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Feb 2017 00:50
Last Modified:07 Feb 2017 09:47

Repository Staff Only: item control page