Campuran kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah

Lineker Takom, and Ferlis Hj. Bahari, and Nurul Hudani Mohd. Nawi, (2016) Campuran kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (2). pp. 61-73. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
323kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26

Abstract

Penyelidik terdahulu telah menunjukkan bahawa ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai masalah kesihatan mental yang disebabkan oleh cabaran besar dalam membesarkan anak kurang upaya. Cabaran ini ditambah lagi oleh kesukaran hidup di kawasan luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada ibu bapa kanak-kanak OKU fizikal mempunyai Mixed Anxiety and Depression (MAD) dan membina pemahaman yang mendalam "mengapa" ibu bapa mengalami MAD. Bahan untuk kajian kes ini diperoleh mengguna Kessler psychological ditress scale (K-10) dan temubual secara mendalam. Enam orang ibu bapa yang mempunyai MAD telah ditemubual. Analisis kandungan induktif dengan bantuan program komputer ATLAS.ti 7 telah menghasilkan enam simptom MAD ibu bapa (gangguan tidur, cepat marah, bimbang, mudah menangis, menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku dan putus asa (hopeless) mengenai masa depan) dan lima sumber MAD (kekurangan sokongan, masalah penerimaan, kekurangan maklumat dan pengalaman, faktor luar bandar dan masalah kesihatan anak. Dapat disimpulkan, dapatan kajian ini berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak dari segi fizikal di luar bandar Sabah.

Item Type:Article
Keywords:MAD; Ibu bapa; Kanak-kanak kurang upaya fizikal; Luar bandar
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:10096
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Feb 2017 01:05
Last Modified:07 Feb 2017 09:49

Repository Staff Only: item control page