Hubungan antara determinasi kendiri, personaliti big five dengan motivasi pencapaian dan pencapaian akademik

Fatimahwati Halim, and Ling, Sin Chieng (2016) Hubungan antara determinasi kendiri, personaliti big five dengan motivasi pencapaian dan pencapaian akademik. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (2). pp. 114-126. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
227kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara determinasi kendiri, personaliti big five dengan motivasi pencapaian dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Kajian tinjauan soal selidik ini melibatkan 150 pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 19. Dapatan kajian menunjukkan bahawa regulasi autonomi (r = .40, k < .01) dan regulasi pengawalan (r = .43, k < .01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi pencapaian. Keputusan kajian juga mendapati bahawa regulasi autonomi (r = .45, k < .01) dan regulasi pengawalan (r = .29, k < .01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Keputusan korelasi juga menunjukkan bahawa personaliti big five, iaitu keterbukaan (r = .62, k < .01), kehematan (r = .56, k < .01), ekstraversi (r = .61, k < .01), kepersetujuan (r = .43, k < .01), dan neurotisisme (r = -.58, k < .01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi pencapaian. Hasil kajian menunjukkan keterbukaan (r = .31, k < .01), kehematan (r = .44, k < .01), ekstraversi (r = .30, k < .01), kepersetujuan (r = .22, k < .01), dan neurotisisme (r = -.23, k < .01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Kajian ini secara umumnya menjelaskan bahawa determinasi kendiri dan personaliti big five boleh digunakan untuk meramal hubungan dengan motivasi pencapaian dan pencapaian akademik pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Self-determination; Big Five personality; Achievement motivation; Academic achievement; Determinasi kendiri; Personaliti Big Five; Motivasi pencapaian; Pencapaian akademik
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:10101
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Feb 2017 03:49
Last Modified:07 Feb 2017 10:03

Repository Staff Only: item control page