Kepentingan motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti pribumi

Nasrudin Subhi, and Mohd Suhaimi Mohamad, and Junaenah Sulehan, and Manisah Ali, and Noor Rahamah Abu Bakar, (2016) Kepentingan motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti pribumi. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (2). pp. 153-161. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
288kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26

Abstract

Kepentingan pendidikan telah lama dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam usaha untuk memperkasa seseorang individu mahupun sesebuah komuniti lantas membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Justeru itu, motivasi dan galakan dalam pendidikan penting dalam usaha membantu komuniti pribumi ke arah memperkasakan kehidupan mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti Orang Sungai di Paitan, Sabah. Responden terdiri daripada 38 ketua isi rumah. Kajian dilakukan dengan menggunakan pen-dekatan campuran di mana teknik survei menggunakan borang pemetaan aset digabungkan dengan teknik temu bual bagi mendapatkan jawapan yang tepat lagi terperinci. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis tema mendapati timbulnya dua tema utama iaitu motivasi intrinsik (rekod ke-hadiran diri, tiada taruhan wang dan rekod kehadiran anak) dan ekstrinsik (beg dan alat tulis, pen-galaman berguru, makan dan minum, rakan dan adik-beradik serta pengalaman bergaul dengan orang luar). Keseluruhannya program advokasi literasi telah berjaya menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pelajaran dalam kalangan pelajar dewasa. Kesedaran ini perlu terus dipupuk dan diberi perhatian agar proses pembelajaran dapat diteruskan keperingkat yang lebih tinggi di masa akan da-tang.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi; Pendidikan; Pelajar dewasa; Pemerkasaan; Pribumi; Orang Sungai
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:10105
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Feb 2017 04:09
Last Modified:07 Feb 2017 10:08

Repository Staff Only: item control page