Hubungan antara faktor demografik dan klinikal dengan kefungsian fizikal pesakit strok

Shazli Ezzat Ghazali, and Mohd Faizal Mohd Zulkifly, and Normah Che Din, and Asmawati Desa, and Raymond Azman Ali, (2016) Hubungan antara faktor demografik dan klinikal dengan kefungsian fizikal pesakit strok. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 14 (2). pp. 23-30. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
364kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/634

Abstract

Strok adalah antara punca penyakit yang menyebabkan berlakunya kecelaan fizikal dan limitasi aktiviti kepada pesakit dalam melaksanakan tugasan harian mereka sehinggakan kepada satu peringkat, pesakit akan mengalami ketidakupayaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan setiap faktor demografik dan klinikal yang dipercayai terlibat dengan status kefungsian fizikal pesakit yang telah mengalami strok. Kajian ini juga cuba untuk melihat perbezaan kefungsian fizikal pesakit mengikut faktor-faktor tersebut dan juga melihat hubungan antara faktor-faktor tadi dengan kefungsian fizikal. Seramai 147 orang responden yang lulus ujian saringan kognitif terlibat. Alat ujian Indeks Aktiviti Kehidupan Seharian Barthel (ADL) telah ditadbirkan kepada responden selepas enam minggu serangan strok bagi mengukur tahap kefungsian fizikal mereka. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan [F(3, 143) = 4.06; p < 0.01) antara tahap pendidikan yang berbeza dengan tahap kefungsian fizikal pesakit. Faktor klinikal pula menunjukkan perbezaan kefungsian fizikal lebih tinggi secara signifikan (p < 0.01) pada serangan otak kanan berbanding kiri.Terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.01) pada kefungsian fizikal pesakit dalam kepercayaan pemulihan mereka. Di samping itu, bilangan serangan strok pesakit juga menunjukkan perbezaan yang signifikan [F(1, 145)= 11.19; p < 0.01] pada kefungsian fizikal mereka. Ujian korelasi yang dijalankan menunjukkan bahagian otak yang diserang mempunyai hubungan positif yang signifikan (r = 0.24; p < 0.01) dengan kefungsian fizikal pesakit strok. Kesimpulannya, faktor demografik dan klinikal turut memainkan peranan dalam menentukan tahap kefungsian fizikal pesakit strok dan faktor-faktor tersebut perlu dipertimbangkan dalam usaha untuk meningkatkan kefungsian fizikal pesakit pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Strok; Kefungsian fizikal; Ketidakupayaan; Kecelaan fizikal
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:10111
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2017 08:11
Last Modified:17 Feb 2017 09:12

Repository Staff Only: item control page