Penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM

Mastura Arshad, and Kaseh Abu Bakar, (2015) Penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 7 (1). pp. 1-17. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
337kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/721

Abstract

Kemahiran bertutur bahasa Arab sering dikaitkan dengan penggunaan strategi pembelajaran yang pelbagai dan berkesan. Salah satu strategi pembelajaran bahasa Arab ialah strategi pembelajaran aturan kendiri. Berdasarkan keputusan Ujian Kemahiran Bahasa (APT Skills Test) di Pusat Asasi UIAM, majoriti pelajar tidak berjaya melepasi tahap 6 (band 6) dalam Ujian maharat al-kalam (kemahiran bertutur). Prestasi sebegini mungkin terjadi kerana mereka tidak menggunakan strategi pembelajaran aturan kendiri secara efektif. Oleh itu, kajian ini meninjau penggunaan dan pengetahuan pelajar tentang strategi pembelajaran aturan kendiri kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM. Kajian ini melibatkan 163 orang pelajar jurusan Bahasa Arab (BAR) dan Ilmu Wahyu (IRK) yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berkelompok. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan median, frekuensi, peratus, dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan strategi yang memperoleh penggunaan tertinggi merupakan strategi-strategi kendiri bersifat keagamaan (metafizik), manakala strategi kendiri yang memperoleh penggunaan terendah pula merupakan strategi kendiri yang melibatkan aktiviti komunikasi bahasa Arab secara aktif. Selain itu, kajian ini juga mendapati lebih daripada 50% pelajar tidak mengetahui strategi-strategi pembelajaran aturan kendiri.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pembelajaran aturan kendiri; Kemahiran bertutur bahasa Arab
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:10127
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2017 01:20
Last Modified:20 Feb 2017 03:38

Repository Staff Only: item control page