Pendidikan sepanjang hayat dan cabaran sosial pada kalangan pelajar dewasa

Rabiatul-Adawiah Ahmad Rashid, and Nooraida Yakub, (2015) Pendidikan sepanjang hayat dan cabaran sosial pada kalangan pelajar dewasa. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 7 (1). pp. 26-32. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
215kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/721

Abstract

Agenda pendidikan sepanjang hayat merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kemajuan diri seseorang individu secara berterusan tanpa mengira batasan umur. Secara idealnya, proses pembelajaran berpusatkan pelajar yang diamalkan pada masa kini menuntut pelajar, sama ada pelajar dewasa mahupun pelajar tradisional saling berinteraksi dan berkomunikasi secara aktif antara satu sama lain. Bukti literatur pula menunjukkan bahawa perubahan dan transformasi merupakan satu perkara yang sukar untuk dilakukan oleh seseorang individu khususnya pada peringkat usia dewasa. Kajian ini ingin menganalisa cabaran sosial yang dihadapi di kalangan pelajar dewasa. Secara lebih mendalam, kajian ini juga dijalankan dengan tujuan mengenal pasti cabaran yang dihadapi ketika meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di samping menempuhi alam pekerjaan dan kehidupan berkeluarga mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Temu bual dijalankan untuk mendapat data. Soalan-soalan separa berstruktur bagi temu bual telah dibina berdasarkan tinjauan literatur. Responden kajian terdiri daripada 17 orang responden warga guru. Kriteria pemilihan responden adalah berumur melebihi 45 tahun, tempoh perkhidmatan melebihi 15 tahun, berkeluarga, masih berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan memegang jawatan pentadbiran di sekolah masing-masing serta masih lagi dalam tempoh pengajian Ijazah Sarjana Muda. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua responden menghadapi masalah mengikuti pengajian mereka. Komitmen terhadap tugas-tugas harian di sekolah menjadikan pengajian mereka sesuatu yang sukar dilaksanakan. Namun begitu, motivasi intrinsik seperti semangat untuk memajukan diri dan keyakinan membuatkan mereka mampu untuk menempuhi cabaran-cabaran dengan jayanya. Sebaliknya cabaran-cabaran yang dihadapi menjadi pendorong kepada mereka untuk terus belajar untuk melengkapkan pengajian mereka. Hal ini kerana mereka mempunyai pandangan yang positif terhadap ilmu pengetahuan serta bagaimana melengkapkan pengajian menjadikan mereka mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan sepanjang hayat; Cabaran sosial; Pelajar dewasa
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:10129
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2017 01:28
Last Modified:20 Feb 2017 05:03

Repository Staff Only: item control page