Pemetaan struktur peristiwa bahasa: komunikasi bebas konflik

Sara Beden, and Indirawati Zahid, (2016) Pemetaan struktur peristiwa bahasa: komunikasi bebas konflik. GEMA: Online Journal of Language Studies, 16 (1). pp. 67-87. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/750

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk memetakan struktur peristiwa bahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsas yang digunakan oleh para murid Tingkatan 4 Zon 4 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Penggunaan bahan Komsas mampu menjadikan murid seorang insan yang berfikir tentang kebaikan, kehalusan budi dan mengutamakan kesopanan berbahasa. Justeru, amalan murni ini dapat melahirkan insan yang bersikap positif dalam menangani pelbagai situasi. Oleh itu, aspek kesopanan berbahasa perlu dititikberatkan dalam komunikasi sama ada secara lisan mahupun dalam bentuk tulisan supaya tidak ada pihak yang tersinggung atau mengalami konflik. Dalam konteks karya sastera, paparan kesopanan dalam peristiwa bahasa dimanifestasikan melalui peristiwa bahasa yang menggunakan struktur tertentu dalam dialog agar maklumat yang disampaikan bebas konflik. Analisis ini akan memperlihatkan pemetaan struktur peristiwa bahasa berdasarkan dialog watak utama dan watak sampingan dalam bab 16 novel ini. Kajian ini akan mengaplikasikan kombinasi model kesopanan Leech (1983) dan model kerjasama Grice (1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU) bagi menganalisis data kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan, analisis teks dan kaedah kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan pemetaan struktur peristiwa bahasa memperlihatkan paparan struktur yang bervariasi bagi memenuhi keperluan mewujudkan situasi komunikasi bebas konflik. Kewujudan situasi ini dapat menjamin semua pihak berada dalam zon yang selesa selain meningkatkan keberkesanan dalam berkomunikasi apabila objektif setiap penutur atau pemeran tercapai. Situasi ini sekali gus memanifestasikan kepentingan amalan kesopanan berbahasa semasa berkomunikasi. Kesimpulannya, pemetaan struktur peristiwa bahasa dengan menggunakan kombinasi kedua-dua model dapat mencerminkan kesopanan berbahasa secara terperinci dalam peristiwa bahasa Melunas Rindu.

Item Type:Article
Keywords:Dialog; Komsas; Struktur; Pemetaan; Maksim
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:10137
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2017 07:16
Last Modified:23 Feb 2017 03:47

Repository Staff Only: item control page