Variasi kata ganti nama dialek di pesisir Sungai Perak: analisis Geographical Information System (GIS)

Nor Hashimah Jalaluddin, and Norlisafina Sanit, and Zaharani Ahmad, and Harishon Mohd. Radzi, (2016) Variasi kata ganti nama dialek di pesisir Sungai Perak: analisis Geographical Information System (GIS). GEMA: Online Journal of Language Studies, 16 (1). pp. 109-123. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
532kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/750

Abstract

Kajian ini meneliti variasi leksikal kata ganti nama (KGN) diri pertama ‘saya’, kedua ‘kamu’ dan ketiga ‘mereka’ dalam dialek Melayu di pesisir Sungai Perak. Kajian geo-dialek ini telah menggabungkan penelitian kebahasaan iaitu dialek dengan maklumat bukan bahasa iaitu bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Sejumlah 200 orang responden daripada 20 buah kampung telah dipilih. Mereka adalah 100 warga tua dan 100 dewasa. Mereka ditemubual dan seterusnya diminta mengisi soal selidik yang berkaitan. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan teknologi daripada bidang kajian geografi iaitu Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan variasi leksikal bagi ketiga-tiga KGN dialek yang dituturkan di pesisir Sungai Perak. Selain itu, perbandingan dan pemetaan bagi setiap varian leksikal KGN di pesisir Sungai Perak tersebut telah berjaya dikemukakan dengan bantuan teknologi GIS. Seterusnya, penerapan aplikasi GIS ini telah berjaya menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran variasi leksikal bagi ketiga-tiga KGN dialek di pesisir Sungai Perak tersebut. Ternyata, perisian GIS ini telah berjaya membantu pengkaji dalam mengemukakan paparan peta setiap variasi dan varian tertinggi leksikal KGN dialek di pesisir Sungai Perak. Dapatan kajian telah dapat membuktikan bahawa Perak Tengah adalah kawasan asli dialek Perak dengan memberikan sempadan geografi yang tepat berbanding kajian terdahulu. Buktinya, beberapa kampung di Perak Tengah menggunakan varian Kuala Kangsar kerana faktor topografi dan migrasi. Pada masa yang sama, wujudnya tiga varian untuk mereka, iaitu /dem/ untuk Kuala Kangsar, /dem/ untuk Perak Tengah dan /depa/ untuk dialek Kedah. Diandaikan sukukata /de/ menjadi asas sukukata bagi tiga varian ganti nama yang tersebut. Sesungguhnya GIS mampu memberikan huraian penyebaran dialek Melayu pesisir Sungai Perak dengan lebih sistematik dan meyakinkan. Faktor muka bumi berserta faktor persempadanan, migrasi dan sejarah sememangnya memainkan peranan penting dalam penyebaran sesuatu dialek itu.

Item Type:Article
Keywords:Dialek; GIS; Variasi leksikal; Dialek geografi; Kata ganti nama
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:10139
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2017 07:26
Last Modified:23 Feb 2017 03:51

Repository Staff Only: item control page