Analisis eufemisme kematian masyarakat Melayu Sarawak dari perspektif semantik kognitif

Hamidah Abdul Wahab, and Imran Ho Abdullah, and Mohammed Azlan Mis, and Khazriyati Salehuddin, (2016) Analisis eufemisme kematian masyarakat Melayu Sarawak dari perspektif semantik kognitif. GEMA: Online Journal of Language Studies, 16 (2). pp. 53-71. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
320kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/801

Abstract

Makalah ini meneliti proses-proses kognitif yang mendasari eufemisme kematian dalam masyarakat Melayu Sarawak (MMS). Eufemisme kematian yang digunakan oleh penutur merupakan bentuk penggunaan bahasa yang lebih halus dan sopan bagi menggantikan bahasa yang dianggap kasar atau tabu, dan tidak sesuai dituturkan secara langsung dalam komunikasi. Dalam pengungkapan eufemisme mengenai kematian, penutur berupaya mempamerkan sisi santun mereka di samping menunjukkan timbang rasa serta keprihatinan untuk tidak melukai hati dan perasaan pendengar. Kajian dari perspektif semantik kognitif ini menggunakan kerangka teori Metafora Konsepsi saranan Lakoff dan Johnson (1980). Beberapa mekanisme kognitif dimanfaatkan dalam analisis data seperti skema imej dan metafora konsepsi. Data eufemisme kematian MMS dikumpul menerusi kajian lapangan melibatkan kaedah temu bual, rakaman dan catatan. Informan yang terlibat dalam kajian ini ialah penutur Melayu di kawasan Kuching, Sarawak. Hasil analisis data mendapati bahawa pengkonsepsian eufemisme kematian MMS, khususnya untuk memperkatakan mengenai kematian didasari oleh skema imej Sumber-Laluan-Matlamat, di samping metafora konsepsi KEMATIAN ITU LOKASI YANG LEBIH BAIK, KEHIDUPAN ITU PERJALANAN dan KEMATIAN ITU PERLEPASAN [KEMATIAN ITU PERJALANAN]. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa budaya Melayu dan agama Islam banyak mempengaruhi pengkonsepsian eufemisme kematian dalam MMS. Pengaruh ini dapat dilihat menerusi penggunaan kata-kata halus yang bertujuan untuk berbudi bahasa, sejajar dengan budaya Melayu yang mementingkan kesantunan dalam komunikasi. Hakikat kematian umat Islam yang akan kembali kepada Allah s.w.t. juga digambarkan dalam eufemisme yang dikaji. Sebagai sebuah kajian linguistik, kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pembaca dan penyelidik mengenai eufemisme MMS, khususnya dalam bidang semantik kognitif.

Item Type:Article
Keywords:Eufemisme; Kematian; Skema imej; Metafora konsepsi; Melayu Sarawak
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:10149
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Feb 2017 02:58
Last Modified:23 Feb 2017 04:13

Repository Staff Only: item control page