Arina Johari, and Indirawati Zahid, (2016) Manifestasi kesantunan Melayu dalam ujaran memberi dan meminta nasihat. GEMA: Online Journal of Language Studies, 16 (2). pp. 73-94. ISSN 1675-8021
|
PDF
1MB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/801
Abstract
Meminta dan memberi nasihat merupakan tindakan linguistik yang kompleks serta memerlukan pengamatan terhadap norma-norma kesantunan budaya tertentu ketika melaksanakannya lebih-lebih lagi dalam rancangan bual bicara radio berorentasikan panggilan masuk (phone-in). Ketidakfahaman terhadap aspek ini akan mengakibatkan nasihat sering kali tidak dialu-alukan, malah boleh menimbulkan konflik antara penutur dan penerima semasa berkomunikasi. Justeru, analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti pola kesantunan berbahasa bual bicara dalam rancangan bertajuk Celik Mata Reset Minda Orang yang Tenang di radio IKIMfm. Analisis ini mengaplikasi dua teori, iaitu Model Kesantunan Brown dan Levinson (1987) serta Prinsip Kerjasama Grice (1975), yang kemudiannya dikombinasikan untuk membentuk Model Pola Kombinasi Strategi dan Maksim (MPKSM) dan digunakan untuk menganalisis 33 dialog daripada satu konteks perbualan dengan fokus kepada struktur isi bual bicara. MPKSM membentuk empat pola kombinasi strategi, iaitu Pola A, B, C dan D dengan pola teras yang terdiri daripada P2 dan P3. Pola teras P2 mengandungi strategi Kesantunan Positif dan strategi Kesantunan Negatif manakala P3 pula mengandungi Strategi Tanpa Rekod dan kedua-duanya mempunyai padanan maksim Prinsip Kerjasama (PK) tertentu. Ujaran meminta dan memberi nasihat oleh peserta perbualan dalam struktur isi rancangan bual bicara dianalisis melalui aplikasi lima metode, iaitu muat turun bahan, analisis teks, transkripsi, pelabelan serta pengekodan dan juga melalui kaedah kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan peserta perbualan mengaplikasikan pola kombinasi strategi dan maksim dengan meminimumkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) ketika mengatur ujaran mereka untuk mencapai situasi bebas konflik dengan Pola B variasi pertama mendominasi keseluruhan ujaran. Kajian turut memperlihatkan faktor kekangan masa siaran serta kehadiran khalayak yang turut menumpang dengar (over hearer) menjadi antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi pemilihan strategi kesantunan peserta perbualan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pragmatik; Strategi kesantunan; Prinsip kerjasama; Tindakan Ancaman Muka (TAM); Situasi bebas konflik |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 10150 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Feb 2017 03:01 |
Last Modified: | 23 Feb 2017 04:16 |
Repository Staff Only: item control page