Aktiviti pengaturan menggunakan Zone of Proximal Development dalam menstruktur ayat bahasa Sepanyol

Shahril Ismail, and Tam, Shu Sim (2016) Aktiviti pengaturan menggunakan Zone of Proximal Development dalam menstruktur ayat bahasa Sepanyol. GEMA: Online Journal of Language Studies, 16 (3). pp. 167-185. ISSN 1675-8021

[img] PDF
2MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/863

Abstract

Kebanyakan kajian yang bersandarkan konsep Zone of Proximal Development (Vygotsky, 1978) memberi fokus kepada kolaborasi bersama pakar. Reka bentuk kajian kebanyakannya menggunakan penyelidikan ujian pra dan pos. Malah, hasil kajian juga hanya menjelaskan peningkatan potensi pelajar melalui keberkesanan interaksi dan kolaborasi yang dilalui pelajar sepanjang melaksanakan tugasan yang diberi. Manakala proses mental iaitu proses pengantaraan dan aktiviti pengaturan yang berlaku semasa pelajar berinteraksi dan berkolaborasi dengan pakar tidak dipaparkan. Malah dalam senario di mana pelajar yang mempelajari bahasa asing di Malaysia (khususnya bahasa Sepanyol), kebanyakan masa mereka melaksanakan tugasan bertulis mengikut kesesuaian sendiri dan tanpa bantuan pakar atau guru. Bagaimana pelajar sebegini menyelesaikan masalah semasa menstruktur ayat bahasa Sepanyol tanpa kehadiran pakar dan apakah aktiviti pengaturan yang berlaku semasa proses menstruktur dijalankan adalah perkara yang belum dikaji? Menggunakan kaedah Think Aloud Protocol (TAP) ke atas 72 pelajar bahasa Sepanyol tahap asas (novis), bukan sahaja berupaya memaparkan bentuk penggunaan pengantaraan, malah dapat menunjukkan representasi proses mental aktiviti memperoleh leksikal dan sintaksis serta aktiviti pengaturan semasa pelajar menstruktur ayat. Kajian ini berupaya menunjukkan bentuk aktiviti pengaturan daripada bantuan Google Translate, rakan dan buku semasa pelajar menstruktur ayat. Kajian juga memaparkan, tanpa kehadiran pakar atau guru, pelajar masih berupaya mencapai tahap pengaturan kendiri / self-regulation melalui bantuan yang diperoleh daripada Google Translate, rakan dan buku walaupun pengetahuan bahasa Sepanyol mereka di tahap novis.

Item Type:Article
Keywords:Teori sosio-budaya (SCT); Zone of proximal development (ZPD); Pengantaraan; Pengaturan; Proses menstruktur ayat
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:10168
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Feb 2017 03:40
Last Modified:27 Feb 2017 09:21

Repository Staff Only: item control page