Fabrikasi GPS antena menggunakan bahan zink aluminat berstruktur nano didopkan dengan kobalt

Wan Nasarudin Wan Jalal, and Huda Abdullah, and Mohd Syafiq Zulfakar, and Badariah Bais, (2016) Fabrikasi GPS antena menggunakan bahan zink aluminat berstruktur nano didopkan dengan kobalt. Sains Malaysiana, 45 (8). pp. 1243-1252. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid45bil8_2...

Abstract

Kaedah sol gel digunakan untuk menghasilkan filem nipis CoxZn(1-x)Al2O4 berstruktur nano pada suhu 600°C. Corak pembelauan XRD menunjukkan pembentukan struktur tunggal spinel ZnAl2O4 dan CoAl2O4. Saiz hablur dan ketumpatan bahan berkurangan apabila kepekatan bahan dopan Co bertambah, iaitu masing-masing daripada 19.52 kepada 10.39 nm dan 4.609 kepada 4.585 g/cm3. Parameter kekisi pula meningkat daripada 8.085 kepada 8.098 Å apabila Co meningkat. Analisis FTIR menunjukkan ikatan ZnO, Co dan Al-O berlaku antara 487 hingga 550 cm-1, manakala ikatan spinel bagi ZnAl2O4 dan CoAl2O4 pula terbentuk pada 655 cm-1. Imej AFM menunjukkan kekasaran permukaan menurun apabila Co bertambah iaitu daripada 30.21 nm (×=0.00) kepada 14.83 nm (×=0.30). Nilai pemalar dielektrik (εr) menunjukkan penurunan secara linear apabila Co meningkat iaitu daripada 8.53 kepada 7.31. Seterusnya, GPS antena difabrikasi menggunakan sampel CoxZn(1-x)Al2O4. Prestasi dan frekuensi operasi GPS antena diukur menggunakan penganalisis rangkaian siri PNA pada frekuensi kenaan 1-2 GHz. Analisis mendapati antena beroperasi pada frekuensi 1.570 Ghz dengan kerungian pulangan -15.6 hingga -21.2 dB dan lebar jalurnya pula adalah 80 hingga 315 MHz. Kesemua antena yang telah difabrikasi memenuhi keperluan minimum antena untuk beroperasi pada aplikasi GPS.

Item Type:Article
Keywords:Antena GPS; Co/ZnAl2O4; FTIR; Pemalar dielektrik; Struktur nano
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10183
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Mar 2017 07:26
Last Modified:03 Mar 2017 08:52

Repository Staff Only: item control page