Kajian sifat mekanik nanokomposit epoksi berpenguat gentian hibrid nanotiub karbon dan nanozarah tanah liat

Mohd Hafizuddin Ab. Ghani, and Mohd Nazry Salleh, and Chen, Ruey Shan and Sahrim Ahmad, and Ismail Hanafi, and Nishata Royan Rajendran Royan, and Mohd Nazri Idris, (2016) Kajian sifat mekanik nanokomposit epoksi berpenguat gentian hibrid nanotiub karbon dan nanozarah tanah liat. Sains Malaysiana, 45 (8). pp. 1259-1263. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
611kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid45bil8_2...

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji sifat mekanik nanokomposit epoksi berpenguat gentian hibrid nano tiub karbon berbilang dinding (MWCNT) dan nanozarah tanah liat (NC). Nanokomposit berpenguat hibrid nanozarah telah disediakan melalui kaedah kacauan mekanik dan sampel dengan jumlah nanozarah berbeza dibentuk menggunakan pengacuan mampatan. Dalam ujian lenturan yang dijalankan, didapati sampel hibrid memberikan nilai kekuatan yang lebih tinggi berbanding sampel tunggal. Ujian terhadap sifat hentaman nanokomposit epoksi berpenguat gentian nanozarah menunjukkan bahawa penambahan gentian terhadap sampel tidak dapat meningkatkan sifat ketahanan daya hentaman yang dikenakan. Namun demikian, sampel yang mengandungi gentian hibrid nano merekodkan nilai daya tahan hentaman yang lebih tinggi berbanding sampel tunggal. Mikrograf pengimbas elektron (SEM) mengesahkan kesan serakan pengisi hibrid dan ikatan antara muka dalam matriks yang baik. Ini membuktikan bahawa gentian hibrid antara nanotiub karbon dan nanozarah tanah liat pada kandungan komposisi tertentu dapat menambahbaik sifat mekanik bahan nanokomposit.

Item Type:Article
Keywords:Epoksi; Nanokomposit; Nanotiub karbon; Nanozarah tanah liat; Pengisi hibrid
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10185
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Mar 2017 07:45
Last Modified:03 Mar 2017 09:01

Repository Staff Only: item control page