Pertumbuhan dan penambahbaikan nanokomposit Ag-ZnO untuk aktiviti fotomangkin

M.T.M. Ayob, and H.M.K. Mohd, and I. Abdul Rahman, and F. Mohamed, and N.M. Hidzir, and S. Radiman, (2016) Pertumbuhan dan penambahbaikan nanokomposit Ag-ZnO untuk aktiviti fotomangkin. Sains Malaysiana, 45 (8). pp. 1265-1273. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid45bil8_2...

Abstract

Kami melaporkan hasil kajian terhadap nanokomposit Ag-ZnO dengan nisbah berat yang berbeza bagi Ag:ZnO (0:10, 7:10 & 25:10) yang telah disediakan melalui kaedah sonokimia. Kajian fotomangkin terhadap nanokomposit Ag-ZnO menunjukkan peningkatan kecekapan fotomangkin terhadap foto-penguraian larutan akues metilena biru berbanding nanobahan ZnO tulen di bawah penyinaran cahaya nampak. Sampel Ag-ZnO pada nisbah 7:10 menunjukkan aktiviti fotomangkin terbaik dan mencapai kadar penguraian sehingga 94% bagi tempoh masa penguraian selama 80 min, diikuti 86% bagi sampel ZnO tulen dengan menggunakan kaedah yang sama. Morfologi, struktur bahan, sifat optik dan kehabluran bagi nanokomposit Ag-ZnO juga dibincangkan menerusi data yang diperoleh melalui mikroskop elektron transmisi, spektroskopi ultralembayung-cahaya nampak dan difraktometer analisis sinar-X. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan penambahan zarah Ag kepada ZnO telah meningkatkan kadar serapan cahaya bagi ZnO di kawasan cahaya nampak dan meningkatkan kadar pemisahan cas foto-aruhan bagi menghasilkan rawatan air tercemar pewarna yang lebih baik.

Item Type:Article
Keywords:Ag-ZnO; Foto-penguraian; Metilena biru; Rawatan air tercemar
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10186
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Mar 2017 08:13
Last Modified:06 Mar 2017 08:02

Repository Staff Only: item control page