Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah

Nurul Aisyah Abdullah, and Zamri Mahamod, and Nor Azwa Hanum Nor Shaid, (2016) Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 6 (2). pp. 1-9. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
469kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Manjung, Perak. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik sebagai alat instrumen kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif untuk melihat tahap nilai min kajian dan analisis inferensi menggunakan ujian-t untuk mencari perbezaan. Seramai 400 orang pelajar tingkatan 4 di sekolah bandar dan sekolah luar bandar di sekitar daerah Manjung mengambil bahagian sebagai responden. Data dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 18.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang mempengaruhi penulisan karangan pelajar secara keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana (faktor pengajaran dan pembelajaran = min 2.62, faktor individu = min 2.34 dan faktor persekitaran = min 3.00. Dari segi perbezaan jantina, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu antara murid. Sebaliknya dari segi lokasi sekolah, terdapat perbezaan yang signifikan faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4 ini. Implikasi kajian ini ialah faktor pengajaran dan pembelajaran, individu, persekitaran dan jantina tidak mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah.

Item Type:Article
Keywords:Penulisan karangan; Bahasa Melayu; Pelajar sekolah menengah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10189
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Mar 2017 08:19
Last Modified:09 Mar 2017 08:32

Repository Staff Only: item control page