Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah

Chew, Fong Peng (2016) Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 6 (2). pp. 10-22. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
558kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi murid-murid Cina terhadap bacaan buku dan sebutan dalam bahasa Melayu. Seramai 400 orang sampel dipilih daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan (SK). Murid-murid Cina di SJKC dan SK mempunyai masalah sebutan kerana kurang membaca buku atau bahan bacaan bahasa Melayu. Murid-murid Cina kurang gemar membaca bahan bacaan atau buku bahasa Melayu kerana faktor kebudayaan, pengaruh rakan dan keluarga. Selain itu, murid-murid Cina sering melakukan kesalahan sebutan fornem (‘m”, “n”, “l”, dan “r”) dan konsonan bergabung (“sy”, “ny” dan “ng”). Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi murid-murid SK dengan SJKC dalam pencapaian bahasa Melayu. Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan antara kemahiran pemahaman dengan pertuturan murid-murid Cina dalam bahasa Melayu. Hasil kajian ini mendapati pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah perlu diperbaiki agar dapat membantu murid-murid mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Selain itu, guru-guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting untuk memupuk minat membaca di samping membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid Cina kerana Bahasa Melayu ialah bahasa kedua mereka. Tambahan pula, ibu bapa memainkan peranan penting di samping sikap dan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Murid-murid Cina; Sekolah jenis kebangsaan; Sekolah kebangsaan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10190
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Mar 2017 08:23
Last Modified:09 Mar 2017 08:30

Repository Staff Only: item control page