Noor Hidayu Mohd Rahim, and Yahya Othman, (2016) Keberkesanan peta bulatan dan peta alir dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan naratif murid-murid Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 6 (2). pp. 68-77. ISSN 2180-4842
|
PDF
518kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan peta bulatan dan peta alir dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan naratif dalam kalangan murid Cina di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan terhadap murid Cina tahun lima. Seramai 30 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan peta bulatan dan peta alir. Data yang diperoleh daripada pra dan pasca ujian. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran menulis karangan naratif bagi sampel kumpulan eksperimen dalam pasca ujian dengan nilai t = nilai t = 2.114 dan sig = 0.039 (p<0.05). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan strategi peta bulatan dan peta alir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berjaya meningkatkan pencapaian menulis karangan naratif dalam kalangan murid Cina dari sekolah jenis kebangsaan Cina.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Peta bulatan; Peta alir; Menulis karangan; Karangan naratif; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 10197 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Mar 2017 03:20 |
Last Modified: | 09 Mar 2017 09:26 |
Repository Staff Only: item control page