Kesan kepekatan mangan terhadap biojerapan mangan oleh pencilan Bacillus cereus tempatan

Fathiyyah Mohd Zainudin, and Hassimi Abu Hasan, and Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, (2016) Kesan kepekatan mangan terhadap biojerapan mangan oleh pencilan Bacillus cereus tempatan. Jurnal Kejuruteraan, 28 . pp. 73-78. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
580kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/?page_id=2011

Abstract

Masalah pencemaran mangan (Mn) yang terkandung dalam air sangat bertoksik kepada hidupan kerana boleh menyebabkan pengumpulan pada gastro usus, penurunan tahap hemoglobin dalam darah, ketoksikan saraf, rasa mual, air kelihatan coklat kemerahan, dan juga paip tersumbat. Dalam ujikaji yang dijalankan, Mn yang terkandung dalam air dirawat dengan menggunakan pencilan Bacillus cereus tempatan. Biojerapan mangan dilakukan dengan menggunakan tiga kepekatan mangan iaitu 25, 40 dan 100 mg/L. Analisis yang terlibat dalam kajian ini adalah analisis ketumpatan optik (OD), pH, kepekatan mangan, biojisim dan unit pembentukan koloni (CFU). Keputusan menunjukkan OD, pH dan juga biojisim meningkat mengikut masa menggambarkan pertumbuhan bakteria. Kepekatan Mn menurun daripada 25, 40 dan 100 mg/L kepada 10.2, 18.6 dan 52.2 mg/L dengan peratus penyingkiran masing-masing sebanyak 55, 53 dan 50 % selepas 48 jam tempoh eraman. Manakala peratus pengambilan Mn oleh B.cereus menurun apabila kepekatan awal Mn ditingkatkan. Oleh yang demikian, proses biojerapan Mn oleh pencilan B.cereus tempatan dipengaruhi oleh peningkatan kepekatan awal Mn.

Item Type:Article
Keywords:Bacillus cereus; Pencemaran air; Teknologi rawatan air; Penyingkiran mangan; Biojerapan
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:10217
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2017 04:05
Last Modified:15 Mar 2017 09:41

Repository Staff Only: item control page