Pendekatan baharu al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi dan al-Imam Muhammad ‘Abduh dalam memajukan masyarakat Islam

Adnan Mohamed Yusoff, and Noor Lizza Mohamed Said, and Amiruddin Mohd. Sobali, (2016) Pendekatan baharu al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi dan al-Imam Muhammad ‘Abduh dalam memajukan masyarakat Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (1). pp. 3-13. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
360kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/880

Abstract

Al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi ialah seorang daripada tokoh yang banyak berjasa dalam sejarah kebangkitan masyarakat Islam di Tanah Melayu. Kehadiran beliau ke Tanah Melayu ialah atas permintaan tokoh-tokoh dan para aktivis Islam tempatan membawa misi untuk memajukan masyarakat Islam rantau ini dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kejahilan, kemunduran dan kelempuran. Selari dengan kebangkitan umat Islam global yang ratarata sedang berada di bawah genggaman penjajah, terutama di rantau Timur Tengah yang menjadi pusat kebangkitan semula umat Islam, kehadiran tokoh dari sana amat dialu-alukan. Walau bagaimanapun, misi ini bukanlah suatu yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dihadapi dan pelbagai rintangan terpaksa diharungi, sama ada dari luar mahupun dalam, dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita murni ini. Dari penelitian terhadap pendekatan yang dibawa oleh tokoh ini, serta tindak balas yang yang diterima dari pendekatan baharu yang dibawanya, didapati banyak persamaan dengan sejarah perjuangan tokoh besar pelopor kebangkitan para ilmuwan dan aktivis Islam era moden, iaitu al- Imam Muhammad ‘Abduh. Kajian ini bertujuan untuk meneliti secara perbandingan pendekatan yang diambil oleh kedua-dua tokoh dalam usaha untuk membangkit dan memajukan masyarakat Islam di tempat masing-masing, serta tindak balas yang diterima terhadap pendekatan ini dan sejauh mana pula kecekalan dan kebijaksanaan mereka dalam menangani rintangan dan cabaran ini demi kesinambungan sebuah perjuangan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang berlandaskan pengumpulan data dari pelbagai sumber, seterusnya analisis dilakukan bagi menjawab persoalan berkaitan, mengikut kerangka kajian yang ditentukan. Dapatan penting kajian ini ialah wujud persamaan antara pendekatan, tindak balas serta respon balas mereka berdua terhadap tindak balas yang diterima itu, yang akhirnya telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keberhasilan serta kesinambungan perjuangan mereka di era berikutnya.

Item Type:Article
Keywords:‘Abd Allah al-Ghadamsi; Muhammad ‘Abduh; Pembaharuan; Islam di Tanah Melayu
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10223
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2017 04:05
Last Modified:17 Mar 2017 02:03

Repository Staff Only: item control page